top of page

Baik kau atau aku, kita sama. Cuma jalan cerita berbeza.

Masa kau muda, kau akan nampak banyak benda baru. Masa tu perasaan kau, semua kau nak cuba. Makin di tegah, makin meronta nak buat. Langkah kau mengikuti langkah kawan-kawan. Bila part seronok, makin kau suka kawan dengan kawan-kawan yang ajak kau. Bila part dah kantoi, kau mula salahkan orang sekeliling kau. Darah muda kau buatkan orang lain pening nak jaga kau, lagi-lagi perempuan. Orang tua-tua kata, senang lagi jaga lembu sekandang daripada sorang anak perempuan. Kau boleh bayangkan tak? tunggu je kau dah ada anak nanti.


Bila kau tingkat dewasa, perangai kau makin perlahan. Percaya cakap aku, ada yang berubah dan banyak je tak berubah. Ikut siapa kau nak copy. Kalau kau lebih banyak masa dengan keluarga kau, kau akan banyak copy peragai ahli keluarga kau. Kalau kau asyik keluar dengan kawan-kawan kau, maka kau byk ikut jejak langkah mereka.

Masa nilah, minda kau baru terbuka. Antara kau sambung belajar atau memilih untuk bekerja, sama je. Kau akan jumpa dengan orang baru, macam macam ragam. Masa ni jugak lah, kalau kau salah pilih, kau akan silap langkah. Nak dapat peluang ke dua pun payah. Masa ni jugaklah kau baru nak cari diri kau, ada orang cepat ada orang lambat.


Bila kau rasa kau dah matang, banyak keputusan kau untuk orang yang kau sayang. Masa ni kau dah tak pentingkan diri sendiri, masa ni kau dah boleh fikir dengan lebih bijak. Masa ni jugak kau banyak berkorban. Dan masa ni jugak kau akan menyesal dengan perkara-perkara lepas. Tapi waktu ni jugaklah kau mengikhlaskan semua benda yg orang buat kat kau dan kau berpeluang untuk perbaiki diri kau. Sebab kau dah mula matang.


Aku bukan nak bercerita pasal buruknya berkawan, aku bukan nak bercerita faedahnya bersama keluarga. Tapi aku nak cerita tentang diri sendiri. Apa yang kau buat, apa yang kau rasa semuanya keputusan kau. Bukan apa yang kau buat sekarang ni sebab keluarga ataupun kawan kau. Kau yang putuskan sesuatu perkara. Walaupun kau cakap kau belajar kat YPJ (contoh) sebab ada kawan kau pun nak belajar sana, itu semua keputusan kau jugak sebab kau nak ikut orang. Tak payah nak tuding jara kat orang kalau hujung hujung nanti kau tak dapat kerja sebab kos yg kau ambik tu tak byk peluang pekerjaan. TAK PAYAH! Takpun, kawan kawan kau semua sambung belajar tapi kau tak sambung belajar sebab mak kau suruh kerja je. Kenapa kau nak salahkan mak kau atau kau salahkan situasi kau sedangkan kau sendiri yang memilih untuk bekerja? kau boleh je belajar sambil kerja.


Aku tak kata kena ikut hati kau nak apa, tapi aku nak sampai kan "jangan salah kan orang dengan tindakan kau". Kita ada banyak pilihan, nak atau tak. Yang penting kena bersyukur. Sebab tu ada orang matang sebelum usia. Sebab tu ada orang kebudak-budakkan semasa berusia. Umur bukan ukuran kematangan. Aku rasa semua orang tahu.


Sebut pasal berkorban. Kita nampak macam kita ni banyak je berkorban untuk orang lain tapi kau tak tahu orang lain pun banyak berkorban untuk kau. Berkorban ni antara diri kita sendiri dengan Allah je yang tahu. Apa yang kita buatni untuk kebaikan orang lain. Tapi tolonglah, berkorban untuk orang yang betul betul sayang kita. Jangan sia siakan pengorbanan kau untuk benda/orang yang sia-sia. Tolonglah berkorban untuk diri kau sendiri supaya kau jugak boleh jadi manusia yang berguna. Tak faham?


"Tinggalkan sesuatu yang kita sayang tetapi tidak mendatangkan kebaikan pada kita adalah satu pengorbanan untuk diri dan tolong hargai pengorbanan tersebut"


Kau akan belajar hidup sendiri. Tak semua perkara kau perlu ikut orang lain. Jangan takut untuk mencuba sesuatu, jangan takut untuk berjumpa orang baru. Setiap perkara ada resiko sendiri dan kau tak perlu halang keinginan kau tapi ikut kemampuan diri kau. Kau rasa kau boleh, kau buat. Ukur baju di badan sendiri. Ambil iktibar dalam semua keputusan kau. Belajar untuk tidak harapkan orang lain. Hujungnya, kau akan menikmati setiap langkah yang kau ambil. Setiap orang ada jalan cerita hidup sendiri.

Comments


Drop your email and click subcribe.

Never miss an update

bottom of page