top of page

Mata turun ke hati


Assalamualaikum, salam satu Malaysia. Salam ramadhan kepada yang muslim. Sekejap je masa berlalu, Alhamdulillah jumpa lagi bulan yang istimewa sekali iaitu bulan puasa. Lama sangat dah tak update cerita kat sini. Banyak benda nak kongsi tapi dengan kekangan masa buatkan aku susah nak hadap laptop lama lama ni.


Kali ni aku nak cerita pengalaman aku sepanjang aku jadi pelajar yang duduk jauh dari kampus aku. Aku terpaksa ulang alik dari kajang ke PJ sebab aku tak duduk hostel. Tolong jangan tanya kenapa eh. Tak ada lah lama sangat pun, baru dua tiga minggu macam tu. Ya Allah, penat sungguh wei. Kelass mula pukul 8.30 pagi jadi aku kena datang sana sebelum pukul 8 supaya aku tak kelam kabut sangat nak breakfast apa semua kan. Nasib baik kelas pagi cuma hari isnin dengan selasa, pagi sampai pukul 5.30 petang. Jadi, setiap hari isnin dan selasa aku ke kampus naik lah train. So aku kena naik MRT sebab nya aku dari area kajang kan, sampai pasar seni aku kena transit naik train ke Kelana Jaya. Biasalah bila naik public transport ni, bersesak sesak lah tapi aku jenis tak suka sesak sesak so pagi tu aku kena awal. pukul 6 aku mesti dah kena naik train. Cuma balik dari kelas tu terpaksalah redha tak dapat tempat duduk kan.


Jadi, sepanjang perjalanan aku naik train dengan macam macam orang ni kan. Otak aku giat berfikir, perasaan aku mula berubah. Macam mana lah seorang ibu yang mempunyai kerja siapkan bekal untuk anak, urus suami dan rumah tangga, kejar task deadline tapi dia orang ni still boleh senyum sambil minum kopi panas dalam train waktu pagi. Masih boleh tersenyum sambil berdiri dengan kasut tumit tinggi dalam train. Korang nak tahu tak, aku balik class pukul 5.40 petang kedebuk kedebak pukul 8 baru sampai rumah tu, sampai je rumah mandi mandi pastu terus tidur tau. So, can you imagine perempuan yang dah kawin ada laki anak tapi kena kerja naik pulak public transport. Betapa penat nya dia wei! Bukannya aku tak cakap lelaki tak penat apa semua tapi hati aku tersentuh pada dia orang yang perempuan. Lagi pun aku pun perempuan kan, so aku pun memahami lah.


Entah tapi tiba tiba aku terfikir boleh ke aku commite dengan semua tu. Kalau dah kawin nanti takkan aku nak sia sia kan apa yang aku belajar selama 7 tahun tau wei. nak bayar duit ptptn lagi. Walaupun laki aku mampun nak bayar ptptn aku tiap bulan, mampu sara aku sekeluarga InsyaAllah tapi takkan aku nak teringin makan ais krim pun nak mintak duit dia kan. Aku rasa ibu ibu yang berkerja dan ibu ibu suri rumah ni semua kuatnya, urus rumah, anak-anak dan dapat jugak bantu suami dari segi kewangan untuk memenuhi keperluan keluarga. Pengorbanan dia orang ni yang patut kita hargai, aku sendiri pun tak tahu aku dapat ke tak buat semua tu dan aku doa agar aku juga dapat berkorban macam dia orang.


So bila kita keluar jalan-jalan cuci mata, cuci lah hati tu sekali. Terapkan rasa empati dalam diri. Kita rasa kita dah cukup susah, kita rasa dugaan kita yang paling berat tapi cuba kita lihat orang lain. Mungkin orang tu kerja sebab nak bantu suami dia walaupun ada orang lain kerja sebab nak memenuhi kepuasan hidup, mungkin orang tu sanggup berebut bersesak dalam train sebab masih tak mampu nak berkereta pergi balik kerja walaupun ada orang lain naik train sebab lagi memudahkan untuk ke tempat kerja. Pucuk pangkalnya kita sendiri tak tahu apa orang lain lalui dan kita sendiri sedang bertarung untuk menempuh setiap satu dugaan dan masalah kita sendiri. Yang penting, kita ikhlas bertolak-ansur dan ada rasa empati dalam diri. Kita mudahkan kerja orang, Tuhan mudahkan kerja kita. Insya Allah.


Moga kita di permudahkan segala urusan dan amalan-amalan yang kita buat di terima Allah. Di kesempatan ini juga aku memohon maaf atas salah silap sengaja dan tidak sengaja, terkasar bahasa sengaja dan tidak sengaja, melukakan hati sesiapa sengaja atau tidak sengaja. Yelah, tak semestinya nak kena tunggu raya baru minta maaf kan. Manalah tahu aku berjodoh dengan korang ke, dah tak dapat jumpa ke apa ke. hahaha. Benda yang lepas biarlah lepas, kita ada peluang untuk memilih untuk memaafkan dan melupakan atau sebaliknya. Nabi Muhammad pun tak ajar kita untuk berdendam, sedangkan Dia pun boleh maafkan hambaNya, lagikan kita ni kan. InsyaAllah. Doakan aku juga supaya di berikan kesihatan yang baik, di berikan Hidayah dan dilindungi oleh RahmatNya, Amiin.

 
 
 

コメント


Drop your email and click subcribe.

Never miss an update

bottom of page