top of page

10 September 2019



Assalammualaikum dan salam sejahtera pada kawan-kawan. Rasa macam dah lama tah tulis benda yang berfaedahkan. cehh. hahaahaha.. benda yang dah lepas tu biarlah lepas. utamakan perkara yang penting dan hidup bahagia dengan orang sekeliling yang ikhlas dengan kita.


Specialnya hari ni, 10 September 2019 adalah Hari Pencegahan Bunuh Diri. Wah rasa macam serius je topik harini kan, tapi memang serius pun. Apa yang kita tahu tentang bunuh diri ni adalah "last choice" untuk selesaikan masalah yang terbeban dalam hidup kita. Tapi kita tak tahu ada sebab lain kenapa ada yang memilih untuk bunuh diri.


Perkara pertama yang kita perlu tahu sekali adalah cari cara menghindari dari melakukan bunuh diri, tak kisah lah kita ataupun orang sekeliling kita. Kita perlu sama-sama bantu dengan mengambil tahu tentang faktor-faktor, kesan-kesan dan cara untuk menggelak dari membunuh diri.


Aku terpanggil untuk berkongsi tentang bunuh diri sebab aku nak korang tahu yang kita semua sebenarnya perlu memainkan peranan penting sebagai seorang keluarga, kawan ataupun rakyat yang positif. Bukan kita menyebarkan cerita-cerita negatif sehingga menganggu mental keluarga mangsa. faham tak apa aku nak cuba sampaikan? tak kisah lah percubaaan membunuh diri ataupun mangsa berjaya membunuh diri.


Kenyataan Akhbar KPK 10 September 2019 – Sempena Hari Pencegahan Bunuh Diri Sedunia: Bersama Mencegah Bunuh Diri.
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), bunuh diri berada di antara sepuluh (10) penyebab utama kematian di dunia, dan penyebab kedua kematian bagi mereka yang berumur 15 – 29 tahun. Bagi setiap nyawa yang terkorban, dianggarkan 20 orang ahli keluarga atau rakan-rakan akan mengalami impak secara emosi, sosial dan ekonomi.
Di Malaysia, Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan pada tahun 2017 mendapati tingkahlaku bunuh diri dalam kalangan remaja berumur di antara 13 hingga 17 tahun menunjukkan peningkatan tren iaitu prevalen idea ingin bunuh diri adalah 10.0% pada tahun 2017 berbanding 7.9% pada tahun 2012, prevalen membuat perancangan untuk bunuh diri adalah 7.3% (2017) berbanding 6.4% (2012), manakala cubaan bunuh diri adalah 6.9% (2017) berbanding 6.8% (2012).

Alhamdulillah aku masih di beri peluang dan kesempatan untuk bernafas sehingga hari ini. Masa setahun lebih yang lepas gitu gitu lah aku tak ingat sangat, aku rasa pressure sebab terlalu kisah apa orang cakap pasal aku, dengan tak boleh nak kerjanya, dengan orang lain asyik salah kan aku itu dan ini. Mungkin orang lain fikir macam "alah benda kecik je, masalah kecik je itu pun sampai distress apa semua". Wei, setiap orang ada kemampuan masing masing. Kita tak sama. (kalau puan baca harap jangan marah masa next session saya nanti ya hehe).


Banyak faktor kenapa ada yang memilih untuk bunuh diri. Keluarga, orang sekeliling, kerja/sekolah, kewangan dan pelbagai lagi adalah punca-punca ada yang mengambil keputusan untuk bunuh diri. Jangan salahkan dia ataupun marah marah bila dia cerita atau cakap "BAIK AKU BUNUH DIRI JE DARI MENYUSAHKAN ORANG!". 3 benda yang korang perlu buat bila ada antara ahli keluarga atau kawan-kawan korang yang dah ada niat nak bunuh diri.

  1. Mengambil serius tentang masalah mereka

  2. Mengambil masa untuk mendengar keluhan mereka

  3. Mengambil berat dan memberikan sokongan sosial kepada mereka.

Benda ni penting sangat-sangat sebab apa yang korang buat adalah benda berharga pada mereka tau. Apa-apapun pujuk dulu, bagi kata-kata semangat. "Semua akan baik-baik saja", "Aku kan ada". Memang tak akan selesaikan masalah tapi ia akan kurangkan rasa terbeban kat hati. serius wei. Aku ada tips, aku dapat dari kawan baik aku dan aku selalu buat kat kawan-kawan aku. Kalau korang tengok kawan-kawan ke atau family korang macam sedih ke ataupun not act like usual kan, korang tanyalah "Ok tak?" ataupun boleh je cakap "Ada apa-apa nak cerita dengan saya ke?". Serius wei benda ni pada aku macam pentinglah bila kita dah berkawan dengan orang kita akan rasa care dgn kawan kita kan. Tapi bila orang tu dah cerita dengan kau masalah dia, dah kongsi macam macam, jangan lah pulak kau pergi sebar membawang cerita tu kat orang lain. Orang dah percaya kat kau tapi kau pulak bergossip. dari sorang ke sorang, lepastu orang lain kutuk kutuk kawan kau, lepas tu kawan kau bertambah pressure, then take an action nak bunuh diri. lepastu kau dengan muka toya tak ada rasa serba salah even kawan kau dah berjaya bunuh diri. Aku rasa manusia macam tu tak patut di beri kenikmatan untuk bernafas kat bumi ni tau! Ok sorry teremosi lebih.


Bukan sekadar sakit dari segi fizikal juga kita kena ambil berat tapi dari segi mental jugak kita mesti tahu dan jaga. We need someone to talk. Ya, setiap seorang kat muka bumi ni perlukan seseorang. Kita hidup ni bergantung antara satu sama lain, jangan kau berlagak sangat kau boleh handle sendiri semua. Jangan rasa kau dah cukup semua sampai taknak kongsi dengan orang. Ingat, kita semua kongsi udara yang sama, tanah yang sama jadi tak ada sebab kita nak hidup sendirian. Cari orang yang kita percaya, orang yang kita rasa selesa dan terima kita. Kalau kau rasa tak ada siapa yang boleh luangkan masa duduk dengan kau dengar cerita kau, pergi cari kaunselor. Aku bukan nak promote bidang aku dan bagi kata-kata manis, tapi kaunselor adalah profession dan yang paling penting adalah MENJAGA KERAHSIAAN. Sekarang dah banyak NGO macam MIASA, Befrienders dan macam macam lagi. Cari je dia orang. Keraajaan pun masih berusaha untuk membuka minda masyarakat Malaysia termasuk korang korang ni lah. Asal ada masalah mental semua gila, apa benda lah korang ni. Korang anggap macam tu sama je macam korang cakap, harini sakit demam selsema, nanti esok mesti mati. hah gitu! aku cuma andaikan je lah sebab aku tak boleh terima asal bipolar je kau cakap gila, depression je cakap gila. Semua penyakit kat dunia ni ada penyembuh. Insya Allah.


Ni Befrienders kat KL. More info please check in FB.

Apa yang aku cuma nak sampaikan. Siapapun kita, siapapun mereka, kita semua berhak di beri peluang, berhak untuk mulakan hidup baru dengan persekitaran yang bersih. Buka minda korang yang sakit mental adalah berpunca dari perkara-perkara yang kita sendiri tak perasaan dan berlarutan kalau kita biarkan. Kalau kita ada rasa gejala-gejala depress sangat, rasa kita dah mula tak boleh nak buat kerja harian, cepat cepat pergi doktor. Korang boleh pergi Klinik Kesihatan, minta borang DASS, isi dan bagi kat doktor. refer ke kaunselor. Selagi kita boleh cegah, kita kawal. Selagi kita boleh berubat, kita kena semangat.


Pada kawan-kawan dan yang kenal aku yang baca entry kali ni, kalau ada apa-apa yang nak kongsi dengan aku, call je aku, whatsapp je aku, messanger je aku, personal je aku. 24/7. Insya Allah aku sentiasa ada dengan korang. Kerahsiaan anda keutamaan saya. cewahhh.. So apa apa roger je aku.


Aku doakan semua yang baca entry ni dan saudara-mara, kawan-kawan, keluarga dan semua bahagia dunia dan akhirat. Senyum, maafkan diri sendiri dan orang lain, belajar terima diri sendiri dan pentingkan diri sendiri. BYE


Comentarios


Drop your email and click subcribe.

Never miss an update

bottom of page