top of page

kebimbangan melalui kemarahan

"Saya di besarkan daripada seorang kanak-kanak yang kekok dan cemas kepada seorang dewasa yang kekok dan cemas. Sebagai seorang remaja, saya di diagnosis dengan kebimbangan(axienty) dan kemurungan(depression). Sebagai seorang dewasa, fikiran perlu selari dengan tindakan dan keputusan untuk ingin mempelajari lebih lanjut tentang perasaan ini.

Mempunyai kebimbangan tidak bermaksud menjadi gugup atau bimbang.

Apabila fikiran saya sudah bermula berlumba-lumba dan saya tidak boleh memutuskan yang mana difikirkan, itulah kebimbangan.

Apabila dada saya mula merasakan seperti ingin meletup, itulah kebimbangan. Apabila saya memarahi atau mula menengking tanpa sebab kepada orang terdekat, ataupun saya berasa muram dan sedih, itulah kebimbangan.

Apabila pada hujung minggu saya tiada berbuat apa-apa tetapi fikiran saya tertanya-tanya adakah masih ada harapan untuk saya hidup ataupun semua kawan-kawan saya tidak mahu berkawan lagi dengan saya, itu adalah kebimbangan.

Apabila saya terlampau kuat ketawa, ataupun tiba-tiba menangis, ataupun terlalu gembira sehingga melompat-lompat, itu adalah kebimbangan.

Apabila saya mula merapatkan semua jadual/tugasan saya untuk dipenuhi, itu adalah kebimbangan.

Kebimbangan diluahkan dengan pelbagai cara yang tidak biasa seperti kebimbangan yang normal. Malangnya bagi saya, sebahagian besar kebimbangan saya diluahkan dengan cara amarah. Maksudnya? Ia bermaksud apabila saya berasa risau/bimbang di dalam, tindakan/perbuatan saya akan kelihatan saya sedang marah. Semasa saya kecil, adik saudara menenangkan saya ketika saya menangis sambil menahan sakit luka di kaki, saya memarahinya kerana tidak sabar. Pada masa itu kebimbangan-kemarahan menunjukkan saya hilang kesabaran sepanjang masa. Apabila telefon pintar saya mula lambat berfungsi dan tidak mengikut seperti yang saya kehendaki(tekan), saya mula membalingnya di dinding atau jauh daripada saya. Apabila ibu cuba memegang atau mencium pipi saya, saya menepis dan menunjukkan muka tidak menyukai tindakan itu. Perkara yang kecil adalah sesuatu yang besar, dan tahap kemarahan-kebimbangan saya semakin berubah dari semasa ke semasa.

Dengan bantuan ubat-ubatan, kemarahan-kebimbangan serta gangguan(disorder) yang lain berkurang meskipun hanya bergantung pada ubat-ubatan. Kebimbangan membuatkan saya bertindak tanpa berfikir dan apa yang katakan berbeza dengan di dalam kepala saya, dan saya akan berfikir berterusan untuk beberapa hari. Tetapi saya juga ingin memperbetulkan kata-kata saya sebelum ini. Ia tidak dapat di kawal. Apabila saya bercakap negatif, mengadu atau bosan, itu biasanya kebimbangan. walaupun saya sedang menaip, dada saya seperti di ketuk-ketuk oleh penukul. Itulah kebimbangan."

Comentários


Drop your email and click subcribe.

Never miss an update

bottom of page