top of page

Mental illness (BD)

Bipolar disorder ataupun gangguan bipolar ni adalah salah satu daripada penyakit mental, terutamanya pada mood pesakit. Penyakit ini juga di kenali sebagai 'kemurungan melampau' Selalunya pesakit bipolar disorder ni boleh berubah mood secara tiba-tiba dan tidak stabil. Semua orang mempunyai pelbagai perasaan atau mood seperti gembira, ketawa, marah, sedih dan sebagainya tetapi kepada penyakit bipolar disorder ini, perasaan itu akan berubah sehingga menyebabkan perubahan besar dalam kehidupan seharian seperti menyebabkan masalah hubungan, masalah prestasi kerja/sekolah, sehinggalah ke kes bunuh diri. Orang yang ada penyakit bipolar disorder ni akan rasa 'manic or hypomanic episodes', depressive episodes dan berpontesi menghidapi simptom psychotic semasa manic atau depressed episodes. 3 jenis bipolar

  1. Bipolar I - Sekurang-kurangnya ada satu episode mania yang berpanjangan lebih dari seminggu.

  2. Bipolar II - Sekurang-kurangnya satu episode daripada beberapa depression (tekanan) dan mempunyai simptom hypomanic.

  3. Cyclothymania - Mempunyai kedua-dua hypomanic dan depressive (tekanan) mood dalam masa dua tahun atau lebih. Simptom tersebut tidak termasuk dalam kriteria pada Bipolar I dan Bipolar II.

Bipolar moods 1. Manic episode *Mania akan hilang dalam beberapa minggu atau lebih tetapi akan meninggalkan kesan negatif pada kebolehan melakukan aktiviti seharian ataupun terus tak boleh buat apa-apa. Beberapa mania terlalu serius dan memerlukan rawatan hospital. *Perasaan - Antaranya ialah gembira atau rasa bahagia dan selamat. mudah marah dan gelisah, terlalu yakin, boleh melalukan sesuatu tugasan lebih baik daripada biasa, seperti memahami, melihat dan mendengar sesuatu yang orang lain tak boleh. *Kelakuan - Antaranya ialah lebih aktif dari biasa, terlalu 'friendly', menjadi kasar dan agrasif, tidak berminat untuk bersosial, tidak cukup tidur ataupun tak tidur langsung, kewangan yang tidak teratur seperti membeli-belah lebih daripada biasa. 2. Hypomanic episode *Boleh mengatur masa dan pergi bekerja dan bersosial seperti biasa tanpa ada masalah tetapi ia hanya berlaku pada masa yang singkat. Hupomanic tidak termasuk dalam psychotic simptom. *Perasaan - Antaranya ialah gembira atau rasa bahagia dan selamat, mudah marah dan gelisah, menaikkan tenaga sexually, mudah terganggu, terlalu yakin. *Kelakuan - Antaranya ialah lebih aktif daripada biasa, banyak bercakap atau bercakap terlalu laju/cepat, tidak cukup tidur, terlalu 'friendly', tidak bersosial atau selalu mengambil risiko yang tinggi. * Selepas manic atau hypomanic episode, pesakit akan merasa tidak gembira atau malu dengan perlakuan tersebut. Terpaksa mengambil tamgunggjawab terhadap perlakuaannya yang tidak menguruskan sesuatu dengan baik. Pesakit juga hanya mempunyai beberapa memori yang jelas ketika manic. Selain itu, pesakit berasa penat dan memerlukan rehat/tidur yang lama. 3. Depressive episode * Perasaan - Antaranya ialah berasa kecewa dan sedih (down), penat atau lembap, tidak berminat pada sesuatu perkara yang biasa di minati, tidak yakin, rasa bersalah dan tidak berguna, tiada harapan dan perasaan ingin membunuh diri. * Perlakuan - Antaranya ialah tidak buat perkara yang diminati, mempunyai masalah tidur atau terlalu banyak tidur, makan terlalu banyak atau terlalu sedikit, menyendirikan diri atau mengelak daripada berjumpa dengan orang, tidak aktif daripada biasa. 4. Mixed episode * Manic, hypomanic dan depressive episode bercampur. 5. Psychotic simptom * delusi, seperti paranoid. * Halusinasi, seperti mendengar suara. Apakah penyebab terjadinya Bipolar Disorder? * 'Childhood trauma' 1. Kehilangan seseorang yang sangat rapat/sayang. 2. Penderaan seksual atau fizikal 3. Pengabaian 4. Peristiwa yang tidak dapat dilupakan (traumatic event) * Kehidupan yang tertekan 1. Hubungan yang bermasalah. 2. Masalah kewangan atau kemiskinan. 3. Kehilangan sesuatu/seseorang. *Brain Chemistry - (Kecacatan pada otak atau saraf yang menyebabkan ketidakstabilan dalam mengawal emosi. Perlu merujuk pada yang lebih arif) *Genetik 1. Ahli keluarga yang menghidapi/menghadapi Bipolar Disorder. Bagaimana kawan-kawan atau keluarga membantu? 1. 'Open-minded', berfikiran terbuka tentang ipolar disorder. Mengambil tahu tentang gangguan bipolar untuk memudahkan berkomukasi dengan mereka dan jangan JAJ! 2. Membuat cadangan untuk Manic Episode tentang perbelajaannya. Mereka yang mempunyai manic episode selalunya suka bershopping, beli benda yang pentingpun tapi mereka akan rasa lega dan seronok. Oleh itu, berikan cadangan terbaik untuk mengawal masalah 'suka bershopping' tu. Contohnya buat jadual ataupun pantau perbelanjaan mereka. 3. Belajar tentang tanda 'amaran' dan punca tercetus kemarahan (triggers). Kebanyakan golongan mania atau depression episode mempunyai 'warning sign' tersendiri. Jalan yang terbaik adalah korang patut berbual dan explore sesuatu bersama mereka dan dengan itu korang boleh tahu atau nampak perubahan pada diri mereka. Dengan itu korang boleh beritahu dia orang untuk elakkan dan menguruskan mereka. 4. Cuba untuk tidak membuat andaian. ******Apa yang saya ingin kongsikan adalah salah satu daripada penyakit mental yang perlu dirawati oleh pakar dan ahli professional. Kalau ada salah satu atau semua symptom ada pada diri korang ataupun orang terdekat korang ke, janganlah terus assume yg ada penyakit mental. Sebaliknya korang refer pada ahli professional, kaunselor ke atau doktor kat klinik kesihatan ke. Mereka akan refer kat tempat yang betul. Dan pada yang betul-betul rasa down sangat sangat sampai tak boleh nak bekerja, tak boleh nak jumpa orang langsung, jangan takut jangan segan untuk pergi ke psikiatri berdekatan anda. <entry akan datang kita cerita pasal depression pulak eh>

Comentários


Drop your email and click subcribe.

Never miss an update

bottom of page